UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       
AyuWage Services - Get Paid to Visits Sites and Complete Surveys

JANGAN DEADLIFT KALAU ANDA TIDAK MAHU INI BERLAKU!




Anda pernah dengar tentang senaman deadlift? Kalau kita terjemahkan nama senaman tersebut, maksudnya angkatan mati! Namanya sahaja menyeramkan. Siapa yang suka buat senaman ini? 


Biasanya, atlit bina badan akan buat senaman ini. Bukan itu sahaja, yang paling suka senaman ini adalah mereka yang dalam sukan kekuatan seperti sukan powerlifting dan sukan strongman. Orang biasa boleh buat atau tidak senaman ini? Jawapannya mudah sahaja. Jangan buat senaman deadlift kalau anda tidak mahu perkara-perkara di bawah berlaku pada anda! 


POSTUR YANG LEBIH KUAT 

Kalau anda tidak mahukan otot postur yang lebih kuat, anda kena jauhkan diri daripada deadlift! Ia adalah senaman yang sangat memberi kesan kepada kekuatan postur badan, di mana mereka yang kuat deadlift akan memiliki postur yang baik, tidak membongkok, dan kelihatan lebih berkeyakinan tinggi. 


KESAN TESTOSTERON TINGGI 

Memiliki profil rembesan hormon testosteron tinggi boleh menyebabkan anda memiliki kekuatan yang tinggi dan kebolehan untuk membina otot yang baik. Anda tidak mahukan kesan-kesan tersebut berlaku pada anda? Maka, jauhilah senaman deadlift daripada rutin latihan anda! 


PEMBAKARAN LEMAK PANTAS 

Deadlift hanyalah untuk orang yang mahu jadi besar cepat dan bakar lemak dengan pantas. Mereka yang takut dengan kesan ini bukanlah ideal untuk melakukan deadlift. Tengok atlit yang kerap deadlift, mereka sangat kuat, besar, dan shredded. Jangan buat deadlift kalau anda risau jadi begitu! 



KREDIT : mesotropin.com

Comments

Join Mark_Wea's empire

UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       

Followers

Popular posts from this blog

JADUAL PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN