UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       
AyuWage Services - Get Paid to Visits Sites and Complete Surveys

LATIHAN BINA BADAN UNTUK ORANG BARU


Anda dah bertekad untuk dapatkan bentuk badan sado? Dah bersedia untuk membakar lemak dan membentuk otot anda menjadi lebih cun? Artikel kali nie Abang Sado nak terangkan langkah demi langkah latihan bina badan untuk orang yang baru nak bermula.
Jangan harapkan keajaiban berlaku dengan sekelip mata. Jangan harapkan anda boleh dapat bentuk badan yang cantik selepas sehari sahaja buat workout. Latihan bina badan mengambil masa dan anda perlu fokus dan konsisten dalam melakukan latihan bina badan yang betul. Berita baiknya adalah anda boleh dapat bentuk badan yang diidamkan dalam masa 6-12 bulan.
Apa yang penting di sini ialah belajar teknik latihan bina badan yang betul kerana ia boleh membahayakan dan mencederakan diri anda sekiranya anda buat latihan bukan dengan cara yang betul.

Latihan Bina Badan







Sebagai orang baru, anda boleh buat latihan dengan lebih kerap berbanding dengan mereka yang dah lama dalam bidang ini. Alasannya mudah: apabila anda dah dapat pengalaman dalam latihan bina badan, anda akan dapat belajar untuk mengerjakan otot anda secara lebih keras dan menyebabkan kerosakkan atau otot terkoyak yang mengambil masa yang lama untuk sembuh. Walaubagaimanapun, untuk orang yang baru, kerosakkan otot akan mengambil masa yang cepat untuk sembuh kerana kesan koyakkan masih baru.
Jangan risau dengan perkataan otot rosak. Ia adalah satu kebaikkan untuk seorang ahli bina badan mendapat kerosakkan otot kerana ia akan menggalakkan badan untuk pulih dan seterusnya menyebabkan peningkatan pembentukkan otot untuk workout yang seterusnya. Ini adalah apa yang dinamakan bina badan – satu kitaran yang berterusan one-step-back, two-steps-forward, dan ulang berulang kali untuk minggu seterusnya.
Oleh kerana itu, tempoh rehat dan tidur amat penting kerana semasa inilah badan akan berehat dan memulihkan otot yang rosak (two-steps-forward).
Jadi, selain daripada membuat latihan bina badan untuk setiap otot sekali seminggu, Abang Sado cadangkan anda yang baru nak bermula dalam bina badan dengan gandakan latihan untuk setiap otot dalam seminggu dan gandakan dari situ. Abang Sado cadangkan anda untuk pecahkan latihan bina badan kepada 2 hari: Bahagian Atas Badan (Upper body) kecuali abs pada hari pertama, bahagian bawah badan (lower body) beserta abs pada hari kedua. Oleh kerana matlamat kita untuk melatih setiap bahagian otot 2 kali seminggu, anda boleh mulakan hari pertama dan kedua pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh.
Kemudian ulang balik latihan hari pertama dan kedua pada hari Khamis dan Jumaat, hari Rabu dan hari minggu peruntukkan untuk berehat. Mula balik kitaran latihan hari pertama dan kedua pada Isnin minggu berikutnya.
Matlamat Abang Sado dalam artikel ini ialah dedahkan kepada anda yang masih baru dalam bidang bina badan perkara asas yang perlu anda lakukan, jadi fokus saya adalah senaman asas atau mat saleh panggil classic exercises. Setelah anda dah master dengan latihan yang ringkas ini, anda boleh bertukar kepada latihan yang lebih mencabar dan fokuskan kepada latihan yang lebih mendera otot. Pada peringkat permulaan ini, adalah lebih penting untuk anda pelajari rentak latihan bina badan dan ambil feel setiap latihan berbanding terus angkat berat yang seberat yang boleh.
Kebanyakkan latihan seperti lat pulls dan kebanyakkan latihan angkat dumbbell, sebenarnya agak susah untuk target otot mana yang perlu anda tumpukan jika anda menggunakan berat yang berlebihan. Mula dengan yang ringan dulu yang anda boleh angkat sebanyak 10-20 kali terlebih dahulu dan tambah berat selepas anda mendapat rentak. Catit setiap perkembangan anda dari segi pertambahan berat beban dan pembesaran otot untuk rujukan anda dan untuk merancang corak latihan seterusnya.

Comments

Join Mark_Wea's empire

UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       

Followers

Popular posts from this blog

JADUAL PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN