UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       
AyuWage Services - Get Paid to Visits Sites and Complete Surveys

MAKANAN BERPROTEIN TINGGI BAGUS UNTUK BINA BADAN


Makanan berprotein tinggi penting untuk mereka yang masih tercari-cara makanan untuk bina otot yang sihat dan kekal lama.
Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.
Protein amat perlu dalam makanan untuk bina otot.
Anda boleh ambil makanan yang berprotein seperti yang saya nyatakan di bawah:

Makanan Untuk Bina Otot

Ayam
Ayam merupakan sumber protein yang bagus untuk bina otot terutamanya bahagian dada.
100g dada = 45g protein
Daging Lembu
Ambil hanya daging merah. Kurangkan atau kalau boleh elakkan terus mengambil daging yang mempunyai
corak marble kerana ia mempunyai banyak lemak.
200g daging merah = 50g protein
Ikan
Anda boleh ambil ikan Salmon yang merupakan ikan yang mempunyai banyak protein di samping mempunyai omega 3 yang baik untuk jantung dan otak. Kalau di Malaysia, kita boleh ambil ikan Patin yang diketahui mempunyai banyak protein.
Selain dari ikan Salmon dan Patin, anda juga boleh dapatkan ikan Kod dan Tuna.
Telur
Merupakan sumber protein yang tinggi tapi berharga murah. Mungkin ada sesetengah kita merasakan makan banyak telur boleh menyebabkan kegemukan, tapi kenyataan ini silap. Selain protein telur juga mempunyai mineral, vitamin, asid amino dan choline yang merupakan antara zat yang penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak.
1 biji = 6g protein
Susu
Susu merupakan sumber protein yang agak lambat dihadam dan membekalkan sumber asid amino kepada tubuh badan dalam masa yang panjang. Anda boleh amalkan minum 1 gelas setiap hari sebelum tidur seperti yang diamalkan oleh Rasulullah kerana susu boleh membekalkan sumber protein disepanjang anda tidur.
Kalau boleh ambillah susu rendah lemak kerana disamping memberikan protein kepada badan ia juga boleh mengempiskan perut anda. 🙂
Anda boleh ambil makanan yang mempunyai sumber protein yang tinggi yang disebut di atas sebagai makanan untuk bina otot  anda.
Semoga berjaya.

Comments

Join Mark_Wea's empire

UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       

Followers

Popular posts from this blog

JADUAL PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN