MINUM PROTEIN HARI WORKOUT SAHAJA?
Adakah anda perlu minum protein pada hari anda workout sahaja? Macam mana dengan hari lain waktu hari rest? Perlukah anda ambil juga protein anda?
PROTEIN BUKAN BERWAKTU
Anda rasa protein sesuai diminum sebelum workout, sedangkan protein lebih bermanfaat diambil selepas workout DAN pada hari anda rehat daripada workout.
Sebab apa begini?
Waktu anda workout, sebenarnya anda kehilangan protein dalam badan dan otot-otot anda turut mengalami kerosakan kecil. Cara untuk memperbaikinya adalah dengan mendapatkan nutrisi yang cukup SETIAP HARI.
Protein adalah komponen yang sangat penting dalam pembaikpulihan sel-sel dalam badan. Bukan sahaja otot menggunakan protein, malah kulit, rambut, kuku, semua sel dalam badan menggunakan protien untuk pulih.
Jadi, untuk menjawab persoalan berkaitan masa untuk mengambil protein, dan adakah anda perlu ambil protein semasa rest day, admin mencadangkan anda kena utamakan pengambilan protein selepas workout bersama karbohidrat dan juga teruskan ambil protein semasa anda rest day. Nutrisi yang kurang adalah penghalang kepada pembinaan otot yang berkesan.
Comments
Post a Comment