NAK JADI BESAR DAN KUAT KENA BUAT TIMED HOLDS
Timed holds adalah sejenis senaman yang sangat bagus untuk dilakukan oleh semua orang. Bukan sahaja mereka membina kekuatan, malah ia melatih mental kita untuk mencapai satu tahap baru dalam komponen pain tolerance (tahan sakit). Ini sangat berguna nanti apabila anda sedang melakukan senaman untuk membina badan.
Kita tahu, kalau anda nak bina otot dengan cekap, anda kena lawan sakit dan kepenatan otot semasa senaman. Kalau anda tak mampu nak paksa diri anda lakukan lebih baik daripada yang biasa, atau anda menyerah kalah apabila terasa lenguh sedikit, dunia bina badan bukan untuk anda.
Kenapa timed holds sangat bagus untuk dilakukan? Anda mencabar diri anda untuk melakukan senaman ketahanan ini selama mana yang anda boleh tahan. Lagi bagus kalau anda boleh buat senaman ini bersama kawan-kawan. Daripada situ, kita boleh lihat dan “lawan” siapa paling kuat dalam kelompok anda!
Macam mana nak buat? Gym anda anda dumbbell tak? Kalau ada, anda boleh buat. Kalau gym anda tak ada dumbbell, rasanya boleh mula untuk cari gym yang lain.
Ada dua cara untuk buat timed holds:
- Tangan di sisi.
- Tangan di hadapan/di tepi.
Kalau anda pegang dumbbell di sisi, anda kena guna dumbbell yang betul-betul berat. Barulah ia menjadi mencabar! Pegang sahaja dan tahan. Senang, bukan? Memanglah senang kalau anda guna yang ringan! Nak lebih mencabar, gunakan Fat Gripz ataupun balut tempat pegang dumbbell tersebut dengan tuala kecil. Tahan seberapa lama yang anda mampu.
Bagi tangan di hadapan atau di tepi, sama juga konsepnya. Cuma, anda tidak perlu buat dengan dumbbell yang begitu berat. 10kg mungkin lebih daripada cukup! Ada yang tak boleh buat langsung dengan 5kg sekali pun sebab ada masalah bahu. Dari situ juga kita dapat kenal pasti kelemahan kita. Pegang dumbbell dan luruskan tangan ke hadapan ataupun ke sisi. Tahan dalam posisi tersebut selama mana yang boleh. Jangan menangis, takut orang tengok!
KREDIT: mesotropin.com





Comments
Post a Comment