UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       
AyuWage Services - Get Paid to Visits Sites and Complete Surveys

PANDUAN BINA BADAN UNTUK ORANG KURUS




Ramai antara mereka yang kurus ingin memiliki badan yang tegap dan berisi seperti Aaron Aziz tetapi ramai antara mereka berasa tiada harapan untuk mereka kerana berat badan mereka yang amat kurus. Ramai yang mencari kaedah bina badan untuk orang kurus yang selamat dan berkesan.
Untuk bermula bina badan untuk orang kurus seperti anda, anda boleh mengambil makanan tambahan protein iaitu whey yang mengikut daripada kajian, didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan.
Whey dihasilkan daripada susu sapi yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan diolah untuk menjadikan bentuk protein keju dan whey. Whey membantu memusnahkan lemak dan membentuk otot tanpa lemak yang akan membakar lebih banyak kalori sekali gus mempercepat proses pembakaran lemak. Anda boleh mengambil makanan tambahan Whey ini tiga kali sehari iaitu ketika sarapan, selepas bersenam dan sebelum tidur bagi mendapatkan kesan optimum.
Anda juga perlu konsisten dalam mengamalkan rutin harian di gimnasim untuk mendapatkan berat badan ideal di sampin mendapat otot yang anda idamkan pada bahagian lengan dan dada. Selain daripada itu, dengan mengamalkan gaya hidup sihat ini dapat menjadikan anda seorang yang aktif, terhindar daripada segala jenis penyakit dan mampu membuatkan anda lebih memberi tumpuan ketika di pejabat.

Bina Badan Untuk Orang Kurus

Ikuti senaman ini dalam membantu bina badan untuk orang kurus seperti anda:
Teknik senaman barbell dan ­dumbbell
1. Berbaring dalam posisi selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
2. Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan kepada pembentukan otot dada.
3. Lentikkan badan untuk memberi tumpuan pada dada.
4. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus saat barbell diangkat.
5. Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan sekiranya ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, lakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.
Mesin chest fly
1. Duduk dalam keadaan selesa.
2. Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau sakit pada bahagian dada.
3. Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
4. Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
5. Mesin ini digunakan bagi membentuk kelebaran dada.
Mesin incline bench press
1. Berfungsi untuk mendapatkan ketebalan dada bahagian atas.
2. Lakukan langkah sama seperti mengangkat barbell dan dumbbell.
Semoga dengan latihan senaman ini dapat membantu anda untuk mendapat bentuk badan yang anda idamkan menyelesaikan masalah bina badan untuk orang kurus seperti anda.
Semoga berjaya. Good Luck!!

Comments

Join Mark_Wea's empire

UNTUK ORDER BOLEH WHATSAPP KAMI DI +60132543879 ATAU KLIK JE KAT BAWAH
       

Followers

Popular posts from this blog

JADUAL PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN